NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

[ Versi ENG | BM ]

(Dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia)

Kenyataan berikut mengesahkan yang kami komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan menjelaskan bagaimana kami mengumpul dan mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1. KEWUJUDAN DATA PERIBADI

Data Peribadi yang kami terima dari anda apabila anda menggunakan atau melanggan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah seperti berikut:

    Nama dan keterangan mengenai pekerjaan anda (Jawatan, Nama Syarikat)
    Umur, Tarikh lahir, Nombor Kad Pengenalan atau lain-lain yg berkaitan.
    Maklumat orang yang boleh dihubungi , Alamat, nombor telepon, email dan sebagainya
    Gambar yang diambil atau diberikan kepada kami untuk kegunaan syarikat kami dalam mana-mana majlis rasmi syarikat, permohonan Kad pintar, pelangganan laman sesawang atau apa-apa maklumat yang diklasifikasikan sebagai data peribadi.

2. PENZAHIRAN ATAU PENGUNAAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda akan kami gunakan untuk tujuan berikut:

  • Berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami;
  • Antara anak syarikat kami;
  • Perkhidmatan dan produk dari pihak ketiga yang mana syarikat kami fikir anda berminat.

3. KESELAMATAN

Syarikat kami bertanggungjawab untuk menyimpan dan melindungi data peribadi anda dari dicerobohi, didedahkan secara tidak sengaja, pengubahan data dan kemusnahan data yang disimpan dalam premis kami.

4. TEMPOH DATA PERIBADI ANDA DISIMPAN

Data peribadi anda tidak akan disimpan lebih daripada 3 tahun selepas tempoh tamat kontrak atau perjanjian antara anda dan syarikat kami. Syarikat kami akan memastikan semua data peribadi tersebut dipadam dan dimusnahkan sepenuhnya apabila data tersebut tidak lagi digunapakai.

5. AKSES DAN PERUBAHAN DATA PERIBADI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan atau perubahan yang berkaitan dengan data peribadi anda, sila hubungi kami di:

Sabah Net Sdn. Bhd.
Tel: +6 088 - 231101/102
Fax: +6 088 - 231103
Email: pdpa@sabah-net.com

Masa: Isnin-Jumaat, dari 9:00am - 5:00pm

Sabah Net Logo